Thursday, March 10, 2011

PENAFIAN / DISCLAIMER

Makluman, ini adalah penafian asal di blog saya, saya akan updatekan yang terbaru nanti...

PENTING!!!

Pemilik blog ini adalah dari beberapa kerat kakitangan Pusat Usahawan MARA Negeri Sembilan.
kami berhak untuk mengedit atau membuang komen dari blog ini tanpa notis kerana;

1. Komen dianggap sebagai spam
2. Komen dengan menggunakan bahasa yang kurang sopan dan menyentuh topik yang dianggap tidak sesuai.
3. Komen yang menyerang seseorang secara individu
4. Mana-mana yang kami rasakan adalah perlu.
5. Semua komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemberi komen dan organisasinya dan tiadalah ia       diatas bidang kuasa kami, atau kehendak kami, serta berhaklah kami untuk membuangnya.

Terma dan Syarat 




  • Semua kandungan yang terdapat di blog ini adalah untuk tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat sahaja.
  • Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab atas ketepatan atau kelengkapan maklumat pada laman web ini atau yang didapati dengan mengikuti setiap link di laman blog ini. 
  • Pemilik tidak akan bertanggung jawab atas kesalahan atau kelalaian dalam penggunaan maklumat di blog ini.  Pemilik tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, kelalaian, kemalasan, ketidak puashatian, atau sebarang perkara yang boleh menyukarkan dan membuatkan perjalanan hidup pemilik blog ini tidak seperti yang dirancangkan, atau kerosakan hidup pengunjung, daripada paparan atau penggunakan maklumat yang terdapat didalam blog ini. 

Dasar ini boleh berubah bila-bila masa mengikut persetujuan pemilik blog ini.

Sekiranya pengunjung, atau mana-mana manusia di alam ini yang ingin menggunakan blog ini sebagai rujukan, sumber maklumat, ingin menyiarkan kembali, ingin mengedit, menjadikan contoh, atau apa sahaja maklumat yang ada diblog ini untuk kegunaan sendiri, atau mana-mana organisasi, persatuan, kumpulan, syarikat dan sebagainya, adalah diatas tanggungjawab pengunjung itu sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog ini. Sekiranya anda sudah membaca sampai ke sini, maka fahamlah bahawa saya hanya mengulangi maksud lain bagi "point form" di bahagian terma dan syarat! Namunbegitu, pemilik ini memohon sekiranya maklumat didalam blog ini disiar semula melalui mana-mana media, sila siarkan juga link maklumat tersebut / rujukan link ke blog ini.

Sila hubungi pihak yang berkenaan, atau persatuan peguam tempatan anda, badan-badan kehakiman dan pihak yang berpatutan, badan dan agensi  perubatan, hospital atau pusat kesihatan, buku telefon, direktori online, nombor kecemasan tempatan , ibu, bapa dan seluruh sanak saudara ipar duai anda atau mana-mana pihak / organisasi professional / berkelayakan dan paling tidakpun sila  "Google"  untuk mencari atau mendapatkan rujukan profesional yang yang lebih tepat dan sesuai. Jika anda tidak mempunyai alat yang wajar untuk menghubungi pihak berkenaan atau peguam berkaitan, nota undang-undang sivil, perubatan profesional, koroner atau profesional yang lain dalam bidang soalan anda, bererti anda adalah seorang yang malang, buta huruf atau buta komputer atau buta I.T bahaya kepada persekitaran sosial maka sila keluar dari blog ini dan perbetulkan hidup anda.

Sekiranya anda dapati terdapat mana-mana paparan atau maklumat didalam blog ini yang tidak tepat, sila maklumkan kepada kami melalui apa sahaja cara yang logik di dalam zaman arus kemodenan ini sebagai contoh, dengan menggunakan telefon, email, atau respons sahaja di ruangan komen ataupun diruangan maklumbalas yang disediakan. Pihak kami akan cuba memperbetulkan kesilapan tersebut sekiranya benar dengan pantas.

Seperti yang diketahui umum. "disclaimer" atau penafian ini boleh berterusan sehingga ke muka surat seterusnya, namunbegitu, pemilik blog ini yakin bahawa para pengunjung yang budiman dan bijaksana sudahpun faham akan mesej yang cuba disampaikan. Sekiranya anda berjaya membaca sehingga ke ayat ini, ketahuilah bahawa anda adalah seorang yang sangat teliti dan adalah dari kategori wira negara.