Monday, March 9, 2020

Pendahuluan

ini adalah satu usaha untuk mewujudkan satu senarai usahawan-usahawan dibawah bimbingan MARA khususnya dan Usahawan-usahawan Bumiputera amnya bagi memudahkan bakal-bakal pelanggan mendapatkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyenaraikan link mereka di dalam direktori ini, adalah diminta agar mendaftar di ruangan Pendaftaran diatas dan memasukkan banner kami ke laman blog dan web masing-masing bagi membantu meluaskan tahap capaian oleh pengunjung web dan blog masing-masing.

bagi usahawan yang inginkan perihal mereka tersiar sebagai posting didalam blog ini, sila emailkan maklumat dan gambar produk dan perkhidmatan serta gambar-gambar yang difikirkan perlu ke alamat berikut : pusman9@gmail.com ataupun boleh terus datang ke
Pusat Usahawan MARA Negeri Sembilan,
Aras 3, Bangunan Seremban Plaza,
Jalan Dato' Muda Linggi,
70100, Seremban, Negeri Sembilan.
dan berjumpa dengan mana-mana pegawai PUSMA yang ada.

bagi pemilik-pemilik blog yang berminat untuk membantu usaha ini, adalah diharapkan agar membantu dengan meletakkan mana-mana banner atau 'link' yang sesuai ke laman web dan blog anda.

Semoga dengan usaha ini dapat membantu meningkatkan jumlah pengunjung dan bakal pelanggan setiap usahawan dan seterusnya meningkatkan jumlah jualan dan keuntungan para usahawan.

Semoga khidmat ini mendapat sokongan ramai.dan keredhaan dari Allah s.w.t.



KELEBIHAN Berdaftar dengan kami...


1. Usahawan akan dimaklumkan dengan berita terkini program-program anjuran MARA seperti ekspo-ekspo, pameran, peluang perniagaan dan lain-lain.


2. Senarai yang dikemaskini akan dipamerkan di ruang iklan di Pejabat MARA dan diedarkan seperti flyers kepada pengunjung pejabat MARA dan Ekspo yang disertai oleh MARA


3. Setiap link dan post akan di postkan secara automatik di laman-laman lain yang berkaitan seperti di http://usahawanmara.multiply.com

nizran :- 10 Mac 2011